JPV, PGA patah cubaan pindah 63 lembu tanpa kebenaran

Iklan
Hasil risikan dan tindakan pantas pasukan penguat kuasa berjaya mengesan serta menahan kenderaan terbabit sebelum ternakan berkenaan dibawa ke destinasi ditetapkan.

IPOH - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak dengan kerjasama Cawangan Risik Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta menggagalkan cubaan memindahkan 63 ekor lembu hidup tanpa kebenaran dari Kelantan ke Lembah Klang melalui laluan Cameron Highlands.

Timbalan Pengarah JPV Perak, Dr Rohaiza Yahaya berkata, operasi bersepadu itu dilakukan selepas pihaknya menjalankan risikan selama hampir seminggu sebelum mengesan dan menahan kenderaan yang dipercayai membawa ternakan terbabit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kenderaan berkenaan ditahan sekitar jam 1 hingga 2 pagi di Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Simpang Pulai ke Bidor menghala ke selatan.

Sepasukan penguat kuasa JPV Perak bersama anggota PGA Ulu Kinta berjaya menggagalkan cubaan memindahkan 63 ekor lembu hidup tanpa kebenaran dari Kelantan ke Lembah Klang melalui laluan Cameron Highlands.

Iklan

“Hasil pemeriksaan mendapati pemandu kenderaan tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bagi pemindahan ternakan berkenaan.

Rohaiza berkata, hasil risikan dan tindakan pantas pasukan penguat kuasa berjaya mengesan serta menahan kenderaan terbabit sebelum ternakan berkenaan dibawa ke destinasi ditetapkan.

Iklan

“Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 [Akta 647].

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM15,000 atau hukuman sebagaimana diperuntukkan di bawah akta berkenaan,” katanya.

JPV Perak menegaskan tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiatkan bagi membanteras aktiviti pemindahan ternakan tanpa kebenaran, selain memastikan pergerakan ternakan dilaksanakan mengikut peraturan dan prosedur ditetapkan.

Dalam pada itu, kerjasama strategik antara JPV Perak dengan agensi penguatkuasaan lain akan terus diperkukuhkan bagi memastikan kawalan pergerakan ternakan di negeri ini sentiasa berada pada tahap optimum.