Skuasy berpasukan wanita hadiahkan emas ketujuh Malaysia

Iklan
Skuasy menambah koleksi pingat emas buat Malaysia.

MALAYSIA mempertahankan pingat emas acara skuasy berpasukan wanita Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas menewaskan Hong Kong 2-1 dalam aksi final di Nagoya Kinjo Futo Arena pada Jumaat.

Kemenangan itu menyaksikan skuad negara mengulangi kejayaan meraih emas pada edisi 2022 di Hangzhou, China.

Iklan
Iklan

Perseorangan pertama negara Aifa Azman menyumbang mata pertama pasukan negara selepas menewaskan Ho Tze Lok 11-9, 11-9 dan 12-10.

Bagaimanapun, Hong Kong menyamakan kedudukan menerusi Chan Sin Yuk yang mengejutkan pemenang pingat emas perseorangan wanita S Sivasangari 7-11, 11-9, 11-9, 5-11, 7-11.

Iklan
Iklan

Aira Azman muncul penyelamat apabila melengkapkan kemenangan skuad negara, menundukkan Lee Ka Yi 11-9, 11-5, 11-4 untuk memastikan emas kekal milik Malaysia. - Bernama