Lelaki OKU hilang ditemui selepas melambai minta bantuan

Iklan
Muhammad Nurfirdaus (baju hijau) ditemui selamat dalam jarak 1.2 kilometer dari lokasi dilaporkan hilang, berhampiran kawasan ladang kelapa sawit berhadapan Sekolah Kebangsaan Batu 7, Tanjung Tualang pada Rabu.

BATU GAJAH - Seorang lelaki kurang upaya (OKU) lembam yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu selepas keluar dari rumahnya di Kampung Batu 8, Tanjung Tualang di sini, ditemukan selamat.

Mangsa, Muhammad Nurfirdaus Hariz Hamdan, 26, ditemui orang awam jam 3.37 petang pada Rabu berhampiran kawasan ladang kelapa sawit berhadapan Sekolah Kebangsaan Batu 7.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, orang awam menyedari kehadiran mangsa yang melambaikan tangan meminta bantuan sebelum segera menghubungi pasukan penyelamat.

"Mangsa ditemui dalam jarak 1.2 kilometer dari lokasi dilaporkan hilang.

Iklan

Beliau berkata, berdasarkan maklumat, mangsa sempat berada di sebuah rumah penduduk untuk menumpang mandi, namun kembali menghilangkan diri ke kawasan hutan berhampiran.

Katanya, pemilik rumah terbabit pada awalnya tidak menyedari lelaki berkenaan ialah individu yang dilaporkan hilang.

Iklan

"Dengan penemuan ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.30 petang," katanya.

Sabarodzi berkata, operasi SAR mangsa dimulakan sejak Isnin melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, Simpang Pulai dan Pasir Puteh dengan kekuatan seramai 14 anggota.

Ujarnya, operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk Unit Anjing Pengesan (K9) serta pelbagai agensi lain dan orang awam.

"Pada hari ketiga operasi, pencarian tertumpu di kawasan ladang kelapa sawit yang berpaya serta hutan seluas kira-kira dua hektar," katanya.