Bukan emas saja tiruan, wanita pun ada tiruan

Iklan
NMIM penting dalam memastikan ukuran di negara kita tepat, seragam dan boleh dikesan mengikut standard antarabangsa. Foto hiasan

BARU-BARU ini Merak Jalanan berkesempatan mengikuti lawatan ke National Metrology Institute of Malaysia (NMIM) di bawah SIRIM Berhad di Sepang, Selangor.

Terus terang, sebelum sampai, Merak Jalanan pun kurang arif tentang fungsi NMIM. Rupanya institusi ini penting dalam memastikan ukuran di negara kita tepat, seragam dan boleh dikesan mengikut standard antarabangsa.

Iklan
Iklan

Namun, yang paling menarik perhatian tentulah makmal pemeriksaan ketulenan emas. Bila diberi peluang membawa emas untuk diperiksa, ramai pula yang tak mahu lepas peluang. Masing-masing sibuk mahu tahu barang kemas yang dipakai itu betul-betul emas atau sekadar nampak berkilau.

Maklumlah, emas sadur kalau dijual semula, lain ceritanya. Masa membeli, berlagak macam beli harta pusaka. Masa menjual, harganya pula boleh buat kita jadi termenung.

Iklan

Seorang kawan sempat menyelit satu jenaka yang agak nakal. Katanya, “Bukan emas saja ada yang tiruan. Wanita pun ada yang tiruan!”

Merak Jalanan hanya ketawa mendengar. Itu bukan tiruan tapi jadi-jadian. Bukan sebab tak ada jawapan. Tetapi terfikir juga, zaman sekarang bukan emas saja perlu diperiksa ketulenannya.

Iklan

Kadang-kadang, yang nampak asli itu belum tentu lagi asli. Cuma Merak Jalanan harap janganlah sampai nak bawa pasangan ke makmal NMIM pula.

Silap-silap bukan ketulenan emas yang diperiksa, ketulenan hubungan pula yang terbongkar. Macam kes seorang lelaki di Cianjur berkahwin 'wanita' yang dikenalinya melalui media sosial, rupanya seorang lelaki!