Anwar kenang Tun Dr Hasmah sebagai ibu yang menyentuh setiap jiwa

Iklan
Anwar bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Dr Hasmah.

SHAH ALAM - “Kita kehilangan seorang ibu yang kasihnya menyentuh setiap jiwa.”

Demikian luahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengenang pemergian isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Hasmah Mohd Ali.

Iklan
Iklan

Menerusi hantaran di media sosial pada Selasa, Anwar berkata, budi, pesan dan senyuman Allahyarham akan terus hidup dalam ingatan.

“Selamat berehat di negeri abadi, kak Hasmah. Al-Fatihah,” katanya.

Iklan

Dalam hantaran sama, Anwar berkongsi video berdurasi kira-kira dua minit yang memaparkan beberapa gambar kenangan Dr Hasmah bersama suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan lagu ‘Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu’ nyanyian Uji Rashid sebagai latar muzik.

Rakaman itu turut memuatkan momen Anwar bersama pasangan berkenaan sebelum ini, selain suasana sekitar penghormatan terakhir Allahyarham di Masjid As Syarif, Taman Sungai Besi Indah.

Iklan

Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi Isnin pada usia 100 tahun.

Beliau merupakan antara tokoh wanita yang disegani negara dan dikenali menerusi sumbangannya dalam bidang perubatan serta khidmat kemasyarakatan.