Mekdi teruskan tradisi rumah terbuka, raikan Deepavali bersama komuniti

Iklan
Kumaran (kiri) bersama jemputan khas merasmikan Rumah Terbuka Mekdi Deepavali di McDonald’s Danau Kota Drive-Thru, pada Jumaat. Foto SINAR HARIAN-ASRIL ASWANDI SHUKOR

KUALA LUMPUR - McDonald’s Malaysia meneruskan tradisi meraikan kepelbagaian budaya menerusi penganjuran Rumah Terbuka Deepavali Mekdi 2026 di lima lokasi di seluruh negara.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, rumah terbuka adalah antara tradisi yang dekat dengan masyarakat Malaysia kerana menjadi ruang untuk keluarga, rakan dan jiran berkumpul, menikmati hidangan serta meraikan perayaan bersama.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, menerusi penganjuran Rumah Terbuka Deepavali Mekdi, pihaknya mahu menghidupkan semangat kebersamaan dengan menyediakan ruang kepada masyarakat setempat untuk berkongsi kegembiraan sambutan berkenaan.

"Semangat inilah yang ingin kami hidupkan melalui Rumah Terbuka Deepavali Mekdi, supaya masyarakat setempat dapat berkumpul dan berkongsi kegembiraan sambutan ini," katanya dalam kenyataan.

Iklan

Pada Jumaat, program berlangsung di McDonald’s Pandu-Lalu Danau Kota, Kuala Lumpur dan McDonald’s Pandu-Lalu Meru Raya, Perak sebelum diteruskan di McDonald’s Pandu-Lalu Batu Caves, Selangor, McDonald’s Pandu-Lalu Greenlane, Pulau Pinang serta McDonald’s Pandu-Lalu Ulu Tiram, Johor pada Sabtu.

Kumaran (kanan) mengagihkan pek makanan McDonald’s yang disediakan kepada pengunjung rumah terbuka. Foto SINAR HARIAN-ASRIL ASWANDI SHUKOR

Iklan

Mengulas lanjut, menurut Azmir, menjadi sebahagian daripada komuniti turut bermakna meraikan budaya dan tradisi yang dekat di hati pelanggan serta kru McDonald’s Malaysia.

Beliau berharap sambutan itu dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat dan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk merasai kemeriahan Deepavali bersama-sama.

Sementara itu, Pengarah Kejuruteraan dan Fasiliti McDonald’s Malaysia, Ir Ts Dr Kumaran Muthu berkata, Deepavali yang meraikan kemenangan cahaya mengatasi kegelapan turut membawa makna perkongsian kegembiraan dengan masyarakat sekeliling.

Menurut, amalan menjemput jiran, sahabat dan rakan sekerja untuk meraikan perayaan bersama keluarga adalah tradisi yang perlu terus dihargai kerana mampu mengeratkan hubungan dan menjalin persahabatan.

"Di Malaysia, kita biasa menjemput jiran, sahabat dan rakan sekerja untuk meraikan perayaan bersama keluarga kita. Semua dialu-alukan untuk duduk semeja dan menikmati juadah bersama.

"Saya harap kita akan terus menghargai amalan ini. Daripada satu jemputan untuk makan bersama, kita dapat mengenali satu sama lain dengan lebih dekat dan menjalin persahabatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Rumah Terbuka Deepavali Mekdi 2026 di McDonald’s Danau Kota Drive-Thru di sini pada Jumaat.

Ribuan pengunjung memeriahkan Rumah Terbuka Mekdi Deepavali di McDonald’s Danau Kota Drive-Thru, pada Jumaat. Foto SINAR HARIAN-ASRIL ASWANDI SHUKOR

Menurutnya, penganjuran tahun ini meneruskan tradisi rumah terbuka Deepavali yang pertama kali diadakan pada 2025, selain menjadi sebahagian daripada siri sambutan perayaan McDonald’s Malaysia sepanjang tahun ini.

"Sebelum ini, syarikat berkenaan turut menganjurkan rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Kaamatan dan Gawai," katanya.

Kumaran berkata, lebih 10,000 aktiviti kemasyarakatan dilaksanakan setiap tahun menerusi lebih 380 restoran McDonald’s di seluruh negara.

Antara aktiviti berkenaan termasuk meluangkan masa bersama kanak-kanak di rumah kebajikan, menyokong sekolah setempat serta bekerjasama dengan agensi kerajaan dalam pelbagai inisiatif komuniti.

Selain itu, menurutnya, McDonald’s Malaysia turut menyokong kanak-kanak dan keluarga menerusi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia), badan kebajikan pilihan syarikat berkenaan.

Beliau berkata, RMHC Malaysia mempunyai empat program teras yang menyokong keluarga mendapatkan penginapan ketika anak menerima rawatan di hospital, membantu perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas menerusi bilik terapi sensori, membiayai pembedahan kanak-kanak dengan klef bibir serta menyediakan bantuan persekolahan.

"Kami percaya komuniti yang lebih erat bermula dengan perkara kecil yang kita lakukan untuk satu sama lain. Makan bersama, menghulurkan bantuan atau sekadar meluangkan masa untuk bertanya khabar pun boleh membawa makna kepada seseorang," katanya.

Pelbagai acara menarik disediakan kepada pengunjung pada majlis Rumah Terbuka Mekdi Deepavali di McDonald’s Danau Kota Drive-Thru, pada Jumaat. Foto SINAR HARIAN-ASRIL ASWANDI SHUKOR

Bagi sambutan di Danau Kota, sebanyak 1,000 set hidangan percuma disediakan, masing-masing mengandungi satu Spicy Chicken McDeluxe, satu Apple Pie dan satu Coca-Cola Zero.

Pengunjung turut disajikan dengan pelbagai permainan dan aktiviti untuk dinikmati seisi keluarga, selain persembahan artis tempatan iaitu Balan Kash, Dhilip Varman, Arulini Arumugam dan Zubir Khan.

Sambutan di lokasi lain turut menampilkan pelbagai aktiviti dan hiburan untuk seisi keluarga, sekali gus memberi peluang kepada masyarakat setempat menikmati suasana perayaan dalam semangat muhibah.

Penganjuran rumah terbuka itu turut membabitkan pasukan restoran dan kru McDonald’s yang menyambut serta melayani pengunjung sepanjang acara bagi memastikan tetamu berasa dialu-alukan dan dapat meluangkan masa bersama orang tersayang.

Sepanjang 44 tahun beroperasi di Malaysia, McDonald’s kini mempunyai 385 restoran di seluruh negara dengan lebih 16,000 kakitangan dan memberikan perkhidmatan kepada lebih 12.6 juta pelanggan setiap bulan.