Lima warga Malaysia dipercayai direkrut sebagai keldai dadah - JSJN

Iklan
Lima pasang kasut dirampas POLRI susulan penahanan lima warga Malaysia dengan rampasan dadah disyaki otomidate di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta di Indonesia 25 September lalu dan Hussein (kiri)

KUALA LUMPUR - Lima warga Malaysia yang ditahan dengan rampasan dadah sintetik jenis etomidate di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta di Indonesia 25 September lalu dipercayai direkrut sindiket sebagai keldai dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah menerima perkongsian maklumat daripada Direktorat Tindak Pidana Narkoba (Dittipidnarkoba) Badan Reserse Kriminal (BARESKRIM) Polis Republik Indonesia (POLRI) mengenai penahanan lima warga Malaysia itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesemua mereka ditahan selepas tiba dari Kuala Lumpur menaiki penerbangan.

"Pemeriksaan telah menemukan lima kilogram (kg) cecair dadah sintetik jenis etomidate yang disembunyikan di bahagian dalam kasut masing-masing.

Iklan

"Kesemua tangkapan membabitkan empat lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 21 hingga 30 tahun dipercayai direkrut sindiket sebagai keldai dadah," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Kata beliau, seorang daripada suspek didapati memiliki tiga rekod lampau kes dadah.

Iklan

Tambahnya, pihak JSJN akan terus berhubung untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak POLRI untuk mengesan rangkaian sindiket dadah di Malaysia yang terlibat.

Penahanan kesemua suspek dilaksanakan Bahagian Duti dan Cukai, Kastam dan Eksais Indonesia selepas petugas mengesyaki pergerakan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan awal mendapati setiap seorang membawa dua bungkusan serbuk yang disyaki etomidate dengan berat kira-kira 500 gram bagi setiap bungkusan.

Barang tersebut disembunyikan pada bahagian insole kasut.

Secara keseluruhan, sebanyak 10 bungkusan dengan berat kasar lima kg telah ditemui.