KUALA LUMPUR - Sebanyak 31 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, setakat jam 9 pagi ini.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), antara kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat ialah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, Sarawak (175); Pasir Gudang (170) dan Larkin (169) di Johor; Bandaraya Melaka (166); Nilai, Negeri Sembilan (165); Johan Setia, Selangor (163) dan Batu Muda di ibu negara (114).