OKU lembam hilang selepas keluar rumah

Iklan
Operasi pencarian dijalankan membabitkan jarak kira-kira 700 meter dari rumah mangsa ke ladang kelapa sawit berhampiran yang turut mempunyai kawasan berpaya. Foto JBPM Perak

BATU GAJAH - Seorang lelaki kurang upaya (OKU) lembam dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Batu 8, Jalan Tanjung Tualang di sini pada Isnin.

Panggilan berhubung kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah jam 2.38 petang membabitkan mangsa berusia 26 tahun.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, setakat jam 6 petang, operasi mencari dan menyelamat yang digerakkan belum menemui mangsa.

"Maklumat awal diterima daripada polis memaklumkan mangsa keluar melalui pintu belakang rumah sebelum memasuki kawasan ladang kelapa sawit berhampiran," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Iklan

Operasi mencari dan menyelamat turut melibatkan penduduk kampung. Foto JBPM Perak

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan tujuh anggota bomba selain bantuan tujuh anggota polis termasuk Unit Anjing Pengesan (K9) serta 30 penduduk kampung.

Iklan

Beliau berkata, operasi pencarian dijalankan membabitkan jarak kira-kira 700 meter dari rumah mangsa ke ladang kelapa sawit tersebut yang turut mempunyai kawasan berpaya.

Operasi pencarian terpaksa ditangguhkan pada jam 6 petang atas faktor keselamatan. Foto JBPM Perak

Katanya, operasi pencarian terpaksa ditangguhkan pada jam 6 petang atas faktor keselamatan dan akan disambung semula jam 8 pagi Selasa.

"Operasi esok akan melibatkan pencarian di tiga sektor iaitu kawasan paya, lombong dan tali air dengan penambahan anggota dari balai berhampiran serta pasukan K9 bomba," katanya.