'Jika ada kesilapan Tun Hasmah, ampun dan maaf kami pinta' - Mukhriz Mahathir

Iklan
Suasana pilu menyelubungi Pusara Negara ketika istiadat pengebumian Tun Dr Hasmah pada Isnin. Foto: ROSLI TALIB

SHAH ALAM - Anak kepada Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memohon kepada orang ramai agar memaafkan segala kesilapan dan salah laku ibunya.

Mukhriz berkata, dalam masa sama sekiranya terdapat hutang piutang yang masih belum diselesaikan Allahyarham, pihak berkenaan boleh berurusan dengan keluarga.

Iklan
Iklan

"Jika ada apa-apa kesilapan atau salah laku daripada pihak beliau, ampun dan maaf kami pinta.

"Sekiranya ada hutang piutang yang belum selesai, sila berurusan dengan kami pihak keluarga. Insya-ALLAH, kami akan menyelesaikannya sebaik mungkin," ujarnya.

Iklan

Beliai berkata demikian selepas solat jenazah di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah.

Solat jenazah selesai kira-kira jam 5.15 petang, sebelum jenazah dibawa ke Pusara Negara Presint 20, Putrajaya, untuk disemadikan menerusi Istiadat Pengebumian Negara.

Iklan

Sebelum ini, Tun Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, kata anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Tun Dr Hasmah yang berusia 100 tahun, meninggal dunia pada jam 9.20 pagi.