Jenazah Tun Dr Hasmah tiba di Pusara Negara

Iklan
Jenazah Tun Dr Hasmah tiba di Pusara Negara, Presint 20 Putrajaya pada Isnin.

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Jenazah Tun Dr Hasmah Mohd Ali tiba di Pusara Negara, Presint 20, di sini untuk istiadat pengebumian pada Isnin.

Jenazah tokoh perubatan itu tiba pada jam 5.51 petang menggunakan van Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan disambut Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.

Iklan
Iklan

Allahyarham Tun Dr Hasmah berusia 100 tahun yang juga isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.20 pagi.

Jenazah dibawa pulang ke kediamannya di The Mines, Seri Kembangan, Selangor pada jam 10.48 pagi sebelum disolatkan di Masjid As Syarif, Taman Sungai Besi Indah.

Iklan

Allahyarham Tun Dr Hasmah adalah antara wanita Melayu terawal yang bergelar doktor perubatan sebelum mencurahkan khidmat dalam bidang kesihatan awam negara.

Allahyarham menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100 pada 12 Julai lalu.

Iklan

Tun Dr Hasmah adalah antara wanita Melayu terawal yang bergelar doktor perubatan sebelum mencurahkan khidmat dalam bidang kesihatan awam negara selain turut meninggalkan jasa besar menerusi pelbagai usaha memperkasakan kesihatan ibu, kanak-kanak dan kesejahteraan masyarakat.