Sultan Pahang, Tengku Ampuan Azizah zahir ucap takziah atas pemergian Tun Dr Hasmah

Iklan
Tangkap layar di laman Facebook Kesultanan Pahang.

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali yang meninggal dunia pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang memaklumkan baginda berdua turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham yang merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Iklan
Iklan

Menurut hantaran itu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berharap agar seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

"Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” menurut hantaran itu. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan