Penebar roti canai didakwa bunuh anak saudara usia lima tahun

Iklan
Abadi (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi pada Isnin.

KOTA TINGGI - Seorang penebar roti canai dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas pertuduhan membunuh anak saudara perempuannya yang berusia lima tahun, minggu lalu.

Tertuduh, Abadi Mohd Yasro, 37, yang mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan hadapan Majistret Nur Najihah Hamidi namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Iklan
Iklan

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Puteri Nur Afiyah Qalesya Mustafa, 5, di Sungai Sedili Besar di sini pada jam 8.20 pagi, 21 september lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Iklan

Abadi (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi pada Isnin.

Sekiranya tidak dihukum mati, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 40 tahun dan dikenakan 12 sebatan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nuraini Mohd Shapee, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan tarikh pemeriksaan kesihatan di Hospital Permai Johor Bahru dan laporan bedah siasat.

Abadi (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas pertuduhan membunuh anak saudara.

Pada 21 September lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dilaporkan mati lemas selepas dicampakkan ke dalam sebatang sungai di Kampung Padang, Tanjung Sedili oleh bapa saudaranya yang disyaki mengalami masalah mental.

Suspek yang mengamuk dengan bersenjatakan sebilah parang berjaya ditahan pihak polis yang tiba di lokasi kejadian selepas menerima laporan tentang kejadian itu.