Wan Rosdy ucap takziah pemergian Tun Dr Hasmah

Iklan
Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN — Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh ahli keluarga atas pemergian Tun Dr Hasmah Mohd Ali.

Perkara itu dizahirkan menerusi satu hantaran di Facebook milik beliau pada Isnin.

Iklan
Iklan

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah serta ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya.

Tun Dr Hasmah, isteri kepada mantan Perdana Menteri itu, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 9.20 pagi hari ini pada usia 100 tahun.

Iklan

Berita pemergian Allahyarhamah disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Tun Dr Hasmah turut dikenali sebagai doktor perubatan dan pernah terlibat dalam bidang kesihatan awam.

Iklan