Radzi Jidin ucap takziah atas pemergian Tun Dr Hasmah

Iklan
Radzi Jidin

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin mengucapkan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh ahli keluarga atas pemergian Tun Dr Hasmah Mohd Ali.

Dalam kenyataannya, Radzi berkata, Allahyarhamah banyak mencurahkan jasa dan bakti kepada negara, khususnya dalam bidang kesihatan serta kebajikan wanita dan kanak-kanak.

Iklan
Iklan

"Segala sumbangan dan khidmat beliau kepada masyarakat akan sentiasa dikenang," katanya.

Beliau turut mendoakan agar ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah, mengampunkan segala dosanya dan menempatkan beliau dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Iklan

Radzi juga mendoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan itu.

"Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Al-Fatihah," katanya.

Iklan

Tun Dr Hasmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri itu, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 9.20 pagi hari ini pada usia 100 tahun.

Berita pemergian Allahyarhamah disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.