PM Anwar ucap takziah atas pemergian Tun Dr Hasmah

Iklan
Anwar Ibrahim dan Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Hasmah Mohd Ali yang meninggal dunia pagi ini.

Anwar menyifatkan pemergian isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu, sebagai satu kehilangan besar kepada masyarakat dan negara.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian sebelum menyampaikan ucapan perasmian persidangan International Future Conference 2026 (IFC 2026) di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC-Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) kampus Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Perdana Menteri turut mengajak peserta persidangan bersama-sama membacakan surah Al-Fatihah untuk Allahyarham.

Iklan

Terdahulu, Dr Hasmah disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini pada usia 100 tahun.

Berita pemergian Allahyarham disahkan anaknya Tan Sri Mokhzani Mahathir ketika dihubungi Bernama hari ini. - Bernama

Iklan