Tragedi berdarah: Identiti empat mangsa maut dikenal pasti

Iklan
Empat lelaki yang maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan dikenal pasti sebagai Nicholas Thomas, 24, Raynniel Robin, 23, Axelord Nigel Alexander, 21, dan Junior Allyson A Julius, 19.

KOTA KINABALU –[DIKEMAS KINI]  Empat lelaki yang maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan berhampiran Taman Jaya Diri, Jalan Sepanggar, awal pagi Ahad, dikenal pasti sebagai Nicholas Thomas, 24, Raynniel Robin, 23, Axelord Nigel Alexander, 21, dan Junior Allyson A Julius, 19.

Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 2.30 pagi itu.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Viva dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun bersama tiga penumpang hilang kawalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi berdarah: Empat individu dalam  Perodua Viva maut

Iklan

Empat lelaki yang maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan berhampiran Taman Jaya Diri, Jalan Sepanggar, awal pagi Ahad.

Menurutnya, kenderaan tersebut ketika itu dalam perjalanan dari arah Sepanggar menuju ke Indah Permai.

Iklan

“Lori berkenaan kemudian tertolak ke hadapan lalu menghimpit sebuah van Nissan Urvan, manakala van tersebut pula melanggar bahagian belakang Proton X50,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 2.30 pagi itu.

Syed Lot berkata, akibat kemalangan itu, kesemua mangsa tersepit di dalam kenderaan sebelum dikeluarkan oleh pasukan bomba.

Kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar sebuah lori serta Perodua Aruz.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Royston Ubak di talian 016-313153 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan empat lelaki maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Sepanggar, Kota Kinabalu, kira-kira jam 2.30 pagi Ahad.