Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di 11 negeri

Iklan
Beberapa kawasan di 11 negeri diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 1 tengah hari ini.

SHAH ALAM – Beberapa kawasan di 11 negeri diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 1 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam amaran yang dikeluarkan pada pukul 8.45 pagi memaklumkan cuaca berkenaan dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Iklan
Iklan

Menurut MetMalaysia, di Pahang, kawasan yang terjejas melibatkan Bera, Rompin dan Bentong.

Di Selangor pula, kawasan terbabit ialah Petaling, Klang, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Gombak dan Hulu Selangor.

Iklan

Amaran sama turut melibatkan seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Bagi Johor, kawasan yang diramalkan mengalami cuaca berkenaan ialah Pontian, Batu Pahat, Muar, Tangkak dan Segamat.

Iklan

Di Sarawak, amaran ribut petir melibatkan Kapit, Bukit Mabong, Song, Sri Aman, Betong, Sarikei, Julau, Sibu, Kanowit, Selangau, Mukah, Bintulu, Tatau, Miri, Marudi dan Limbang.

Sementara itu, di Sabah, amaran dikeluarkan bagi kawasan pedalaman membabitkan Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang dan Membakut.

Seluruh kawasan Labuan juga berada dalam amaran ribut petir berkenaan.

Sehubungan itu, MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh amaran.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya mengelakkan kawasan lapang serta tidak berlindung di bawah pokok ketika berlaku ribut petir.