Sultan Pahang berkenan rasmi Kongres Neurosurgeri Antarabangsa 2026

Iklan
Al-Sultan Abdullah (kiri) dan Tunku Azizah berkenan Kongres Neurosurgeri Antarabangsa 2026 di sebuah hotel di Kuantan pada Sabtu.

KUANTAN — Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat merasmikan Kongres Neurosurgeri Antarabangsa 2026 di sini pada Sabtu.

Kebarangkatan baginda diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan disambut Presiden Persatuan Neurosurgeri Malaysia (NAM), Profesor Datuk Dr Abdul Rahman Izaini Ghani serta Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Ir Razali Kassim.

Iklan
Iklan

Pada majlis berkenaan, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan menyempurnakan gimik pelancaran Kongres Neurosurgeri Antarabangsa 2026 selain pelancaran buku ‘Neurosurgery Unlocked’.

Baginda berdua kemudian berkenan menyampaikan NAM Distinguished Educator Awards sebelum menyempurnakan atur cara lawatan diraja ke reruai pameran yang disediakan.

Iklan

Kongres bertemakan ‘Beyond Boundaries’ itu dianjurkan NAM dengan kerjasama Sultan Ahmad Shah Medical Centre @IIUM (SASMEC @IIUM.

Al-Sultan Abdullah (depan, kanan) bersama Tunku Azizah berkenan meninjau pameran kain batik selepas merasmikan Kongres Neurosurgeri Antarabangsa 2026.

Iklan

Presiden Persatuan NAM, Dr Abdul Rahman berkata, kongres berkenaan diharap bukan sekadar menjadi medan pertemuan, sebaliknya menjadi platform pendidikan perubatan berterusan.

Menurutnya, platform itu memberi peluang kepada pakar bedah saraf dan profesional kesihatan berkaitan untuk berhimpun bagi berkongsi ilmu, membincangkan perkembangan baharu serta belajar antara satu sama lain.

“Pembedahan saraf merupakan bidang yang mencabar, namun ia juga sebuah profesion yang dibina atas landasan hubungan sesama manusia.

“Persidangan ini memberi kita peluang untuk menjalin persahabatan berpanjangan, mengukuhkan rangkaian profesional serta membina kerjasama yang menjangkaui ruang persidangan ini,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Abdul Rahman berkata, segala usaha yang dilakukan menerusi kongres itu akhirnya mesti kembali kepada satu tujuan teras iaitu memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

“Dengan meningkatkan pengetahuan, kita mengukuhkan keupayaan untuk menyediakan penjagaan yang selamat, berkesan dan penuh empati kepada mereka yang mempertaruhkan nyawa kepada kita,” katanya.