FFM: ‘Sauh’ bekalan makanan negara selama enam dekad

Iklan
Dari kiri ke kanan: Pengurus Besar Kumpulan FFM Berhad, Dr. Liew Kai Wah, Pengerusi PPB Group Berhad, Dato’ (Dr.) Kapten Ahmad Sufian dan Pengarah merangkap Ketua Pegawai Kewangan FFM Berhad, Koh Mei Leng.

Dari kiri ke kanan: Pengurus Besar Kumpulan FFM Berhad, Dr. Liew Kai Wah, Pengerusi PPB Group Berhad, Dato’ (Dr.) Kapten Ahmad Sufian dan Pengarah merangkap Ketua Pegawai Kewangan FFM Berhad, Koh Mei Leng.

KUALA LUMPUR - Salah sebuah pengilang tepung terkemuka negara, FFM Berhad (FFM), melancarkan logo ulang tahun ke-60 dan ulang tahun syarikat sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 di sini pada Rabu, sebagai simbol enam dekad sumbangannya dalam memperkukuh ekosistem makanan negara. 

Iklan
Iklan

FFM memilih MIHAS 2026 sebagai platform pelancaran logo ulang tahun ke-60 memandangkan acara itu merupakan antara pameran antarabangsa utama yang menghimpunkan pemain industri halal global.

Bertemakan ‘Sauh Negara, Kunci Pemakanan Rakyat Malaysia Selama Enam Dekad dan Seterusnya’, identiti ulang tahun syarikat itu mencerminkan legasi FFM sejak penubuhannya pada 1966, selain komitmen syarikat untuk terus memenuhi keperluan industri makanan dan pengguna pada masa depan.

Iklan

Logo ulang tahun berkenaan menampilkan dua elemen utama iaitu sauh dan kunci biru yang membawa makna tersendiri terhadap perjalanan serta aspirasi syarikat.

Simbol sauh melambangkan peranan FFM sebagai asas kukuh kepada rantaian bekalan makanan Malaysia sejak memulakan operasi sebagai pengilang tepung gandum pada 1966.

Iklan

Elemen ini turut menjadi penghormatan kepada jenama ikonik Tepung Anchor (Cap Sauh) yang sinonim dengan warisan FFM dalam industri pengilangan tepung negara. Sebagai sebahagian penting rantaian sekuriti makanan negara, kilang-kilang FFM di Semenanjung, Sabah dan Sarawak membekalkan tepung dan makanan ternakan secara berterusan kepada seluruh negara.

Kunci biru pula melambangkan peluang baharu apabila FFM melangkah ke dekad ketujuh operasinya, selain merujuk kepada satu lagi jenama utamanya, Tepung Blue Key.

Gabungan kedua-dua simbol itu menggambarkan keseimbangan antara warisan yang kukuh dengan tekad syarikat untuk terus berkembang menerusi inovasi dan penerokaan peluang baharu.

Dari kiri ke kanan: Pengurus Besar Kumpulan FFM Berhad, Dr. Liew Kai Wah, Pengerusi PPB Group Berhad, Dato’ (Dr.) Kapten Ahmad Sufian dan Pengarah merangkap Ketua Pegawai Kewangan FFM Berhad, Koh Mei Leng.

“Selama enam dekad, FFM berkembang seiring keluarga, pelanggan, perniagaan makanan dan komuniti di seluruh Malaysia. Sambutan ini bukan sahaja peluang untuk menghargai perjalanan kami, malah mengingatkan kami untuk terus melangkah ke fasa seterusnya dengan kualiti yang boleh dipercayai, inovasi berterusan dan komitmen jangka panjang terhadap industri makanan,” kata Pengurus Besar Kumpulan FFM, Dr. Liew Kai Wah.

Sejak ditubuhkan enam dekad lalu, FFM berkembang daripada sebuah pengilang tepung kepada kumpulan makanan dan agriperniagaan yang merangkumi pengilangan tepung, pembuatan makanan ternakan, penternakan, pemprosesan makanan, bakeri serta pengedaran produk pengguna.

Sepanjang tempoh itu, syarikat membina reputasi berasaskan kualiti, kebolehpercayaan dan komitmen terhadap pelanggan serta komuniti, dengan produk dan ramuannya menjadi sebahagian daripada makanan harian rakyat Malaysia.

Daripada jenama Anchor (Cap Sauh), Blue Key, Gunung Mas, hingga roti Massimo,  ataupun minyak masak dan telur ayam Seri Murni serta makanan sejuk beku dan makanan dalam tin Marina, produk FFM hadir di meja makan jutaan keluarga Malaysia setiap hari.

Semua produk FFM dipersijilkan halal oleh JAKIM, menjadikannya rakan bekalan bahan mentah yang dipercayai bagi pengusaha makanan halal di dalam dan luar negara

Sejarah perjalanan itu turut diketengahkan melalui dinding warisan yang memaparkan pencapaian utama FFM sejak penubuhannya, sekali gus memberi gambaran tentang peranan syarikat dalam perkembangan industri makanan negara.

Sambutan ulang tahun ke-60 bukan sekadar meraikan usia penubuhan syarikat, malah menandakan enam dekad evolusi, daya tahan dan komitmen berterusan dalam menyokong industri makanan negara.

Syarikat turut beriltizam untuk terus berkembang seiring perubahan keperluan pengguna dan industri makanan, sambil mengekalkan asas kualiti dan kebolehpercayaan yang menjadi tunjang operasinya.

Orang ramai dijemput mengunjungi reruai FFM (3C05-07 & 3C28-30) di MITEC (Dewan 3, Tingakt 1) 23 hingga 26 September untuk peluang bergambar di Dinding Warisan FFM.