Ab Rauf mahu wujudkan IPD Hang Tuah Jaya jika sekali lagi diberi mandat

Iklan
Ab Rauf hadir pada program Ramah Mesra Pesara PDRM di Seri Bendahara baru-baru ini.

MELAKA - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mahu mewujudkan sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baharu di Hang Tuah Jaya sekiranya diberi mandat menerajui negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ab Rauf berkata, perkara berkenaan antara usaha yang akan diberi perhatian sekiranya beliau kembali diberi kepercayaan menerajui pentadbiran negeri.

Iklan
Iklan

“Jika diberikan mandat sekali lagi, usul pertama saya adalah untuk membela rakyat dengan pembinaan sebuah IPD baharu di Hang Tuah Jaya.

“Perkara itu sedang diberikan perhatian bersama Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar,” katanya ketika berucap pada Majlis Rahmah Mesra Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Melaka di Seri Bendahara, baru-baru ini.

Iklan

Dzulkhairi

Sementara itu, Dzulkhairi berkata, cadangan penubuhan IPD Hang Tuah Jaya sudah dikemukakan kepada Bukit Aman sejak tahun lalu dan kini masih dalam peringkat kajian Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

Iklan

Menurutnya, penubuhan IPD baharu itu dilihat sebagai satu keperluan berikutan peningkatan populasi penduduk di kawasan berkenaan.

“IPD Hang Tuah Jaya adalah satu keperluan memandangkan terdapat peningkatan populasi penduduk di daerah tersebut.

“Cadangan itu sudah dihantar ke Bukit Aman untuk kajian dan kami akan membuat susulan bagi memastikan perancangannya selari dengan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Dzulkhairi berkata, kedudukan Hang Tuah Jaya yang berada di tengah-tengah kawasan Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin turut menguatkan keperluan untuk mewujudkan IPD baharu di kawasan berkenaan.