Tunku Nadzaruddin tinggalkan Balai Undang Luak Sungei Ujong

Iklan
Kenderaan dipercayai dinaiki Tunku Besar Tampin kelihatan keluar dari Balai Undang Luak Sungei Ujong

SEREMBAN - Suasana di Balai Undang Luak Sungai Ujong di sini, kembali tenang selepas Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar meninggalkan lokasi berkenaan.

Difahamkan Undang Yang Empat termasuk Undang yang dipertikai, Tunku Besar Tampin dan Dato Shahbandar Sungei Ujong turut beredar dari situ.

Iklan
Iklan

Anggota polis yang sebelum ini berkawal di sekitar kawasan berkenaan turut bersurai selepas keadaan di lokasi terkawal.

Terdahulu, lebih 30 anggota polis dilihat membuat kawalan ketat di bahagian luar Balai Undang Sungei Ujong terbabit.

Iklan

Pada awalnya, media turut diminta beredar dan tidak dibenarkan menghampiri lokasi bagi membuat liputan.

Terdahulu, pertemuan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dengan Tunku Nadzaruddin yang dijadualkan berlangsung di Galeri Diraja Tuanku Ja'afardi sini, dibatalkan atas faktor keselamatan.

Iklan

Ismail kemudian dilaporkan mengadakan perjumpaan bersama Exco dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan di sebuah hotel di sini.

ADUN Gemas, Ridzuan Ahmad yang ditemui pemberita hanya tersenyum ketika ditanya mengenai apa yang berlaku sebelum meninggalkan hotel berkenaan.