Video tular: Rukun Negara bukan bahan untuk dipermainkan - Wawasan Selangor

Iklan
Ahmad Nasir Mid

SHAH ALAM - Rukun Negara bukan bahan untuk dipermainkan walaupun rakyat Malaysia berbeza kaum, agama dan pandangan.

Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara (Wawasan) Negeri Selangor Ahmad Nasir Mid berkata, asas yang menyatukan seluruh rakyat Malaysia tidak sepatutnya dipermainkan atau dikompromi.

Iklan
Iklan

Ahmad Nasir turut menyeru rakyat supaya bertindak secara bertanggungjawab, selain mempertahankan Rukun Negara dan menjaga Malaysia.

Susulan itu, Ahmad Nasir yang juga Ketua Wawasan Bahagian Selayang membuat laporan polis berhubung penularan sebuah video berunsur perkauman di Balai Polis Country Homes, Gombak, kira-kira jam 2.21 petang.

Iklan

Beliau berkata, laporan itu dibuat selepas melihat hantaran video berdurasi 41 saat bertajuk ‘This Is Malaysia’ ketika berada di sebuah restoran di Green Valley Tasik Puteri pada 18 September lalu.

Video persembahan pentas itu didakwa memaparkan kenyataan berunsur stereotaip perkauman serta memperlekehkan kelima-lima prinsip Rukun Negara dengan sindiran sinis.

Iklan

Sehubungan itu, Ahmad Nasir menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan siasatan menyeluruh terhadap semua pihak yang terbabit dalam penghasilan dan penyebaran video berkenaan.

Beliau menggesa siasatan dijalankan di bawah Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 demi mempertahankan kedaulatan dan keharmonian negara.