PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) memperkukuh usaha pembangunan bola sepak negeri menerusi penubuhan Kelantan Rovers FC yang memberi tumpuan kepada pembangunan pemain muda dan bakat akar umbi.
Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman berkata, Kelantan Rovers FC ditubuhkan selepas mendapat kelulusan Pesuruhjaya Sukan sebagai sebahagian daripada usaha KAFA membina semula struktur pembangunan bola sepak di negeri ini.
“Kelantan Rovers ini lebih kepada pembangunan bola sepak komuniti, pembangunan negeri dan akar umbi.
Husin berkata, penubuhan Kelantan Rovers FC turut membuka laluan kepada pemain muda berbakat untuk dikembangkan sebelum disalurkan ke pasukan yang lebih tinggi.
Menurutnya, Kelantan Rovers FC dirancang berfungsi sebagai pasukan pembangunan bagi membantu membekalkan pemain berbakat kepada beberapa pasukan yang mempunyai hubungan kerjasama dalam pembangunan bola sepak.
Katanya, antara pasukan yang boleh menjadi destinasi pemain hasil pembangunan itu ialah KRW FC dan Kelantan City FC.
“Kalau ada pemain yang bagus, kami boleh salurkan kepada pasukan-pasukan yang lebih tinggi.
“Kami mahu wujudkan satu laluan yang jelas untuk pemain muda ini,” katanya.