Angka kematian di Gaza meningkat 73,914, seramai 17 rakyat Palestin cedera dalam tempoh 24 jam

Iklan
Penduduk Palestin memeriksa sebuah kereta yang terbakar selepas dibakar dalam serangan yang didakwa dilakukan oleh peneroka Israel dari penempatan Bat Ayin, di kampung Beit Ummar, utara bandar Hebron di Tebing Barat yang diduduki Israel pada 20 September 2026. Foto AFP

GAZA - Angka kematian di Semenanjung Gaza meningkat kepada 73,914, manakala 174,952 rakyat Palestin cedera sejak bermulanya serangan Israel pada 7 Oktober 2023, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) memetik sumber perubatan pada Isnin.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan melaporkan bahawa hospital di seluruh Gaza menerima jenazah empat rakyat Palestin dan 17 orang yang cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Iklan
Iklan

Mereka mengesahkan bahawa jumlah rakyat Palestin yang terkorban sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 11 Oktober 2025 meningkat kepada 1,393 manakala 4,822 lagi cedera.

Sebanyak 831 mayat ditemukan dari bawah runtuhan sejak gencatan senjata itu.

Iklan
Iklan

Sementara itu, sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya, memandangkan kru ambulans dan penyelamat masih tidak dapat sampai ke lokasi mereka. - Bernama-WAFA