Ketua Polis Daerah Sentul, pegawai Jabatan Penjara mesyuarat di kediaman Najib

Iklan
Keadaan di kediaman Najib pada Isnin.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam bersama pegawai Jabatan Penjara Malaysia dipercayai mengadakan mesyuarat di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta di sini pada Isnin.

Mesyuarat itu dipercayai membabitkan perincian aspek keselamatan dan penilaian kediaman berkenaan susulan cadangan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Iklan
Iklan

Empat kenderaan dilihat memasuki kediaman berkenaan, manakala Anuar Bakri dilihat tiba menaiki kenderaan kira-kira jam 2.20 petang.

Setakat ini, mesyuarat berkenaan masih berlangsung.

Iklan

Bagaimanapun, tujuan rasmi mesyuarat dan perkara yang dibincangkan masih belum diperincikan pihak berkuasa.

Sebelum ini, Anuar Bakri memaklumkan polis belum menerima sebarang pengesahan rasmi berhubung masa atau proses pemindahan Najib dari Penjara Kajang ke kediaman itu.

Iklan

Beliau berkata, penugasan anggota polis di sekitar kediaman berkenaan juga masih dikekalkan pada tahap sedia ada dan kekuatan akan ditambah sekiranya menerima perkembangan terkini berkaitan proses berkenaan.

Sebuah balai polis bergerak turut ditempatkan berhampiran kediaman Najib bermula jam 7 pagi hari ini sebagai persediaan keselamatan.