Pembesar perlu jadi pendamai, bukan 'batu api' - Akmal Saleh

Iklan
Hantaran Facebook Muhamad Akmal pada Isnin.

SHAH ALAM - Semua pembesar termasuk pemimpin daripada pelbagai jalur politik perlu memainkan peranan sebagai pendamai dan tidak mengeruhkan keadaan sekiranya berlaku perselisihan tertentu.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, peranan tersebut penting bagi memastikan perselisihan itu tidak berlarutan sehingga akhirnya memberi kesan kepada rakyat.

Iklan
Iklan

“Kerana akhirnya rakyat yang menanggung akibat perselisihan ini. Kepada Raja-Raja juga kita harapkan pendamaian boleh berlaku,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu tidak memperincikan isu yang dimaksudkan dalam hantaran berkenaan.

Iklan
Iklan