Kutipan Larian Kesyukuran cecah lebih RM700,000 - Syed Saddiq

Iklan
Syed Saddiq disambut penduduk selepas menamatkan Misi Larian Kesyukuran dari Istana Kehakiman di Putrajaya menuju ke Muar pada Julai lalu.

MUAR – Sebanyak RM56,000 lagi berjaya disumbangkan kepada penduduk di Parlimen Muar menerusi inisiatif kutipan dana Larian Kesyukuran.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sumbangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kutipan dana berkenaan mencecah RM707,000.

Iklan
Iklan

“Jumlah kutipan dana larian cecah RM707,000,” katanya menerusi perkongsian di media sosial pada Ahad.

Menurutnya, 100 peratus dana yang dikumpulkan akan disalurkan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan termasuk iPad, komputer riba dan bakul makanan.

Iklan

Beliau turut memaklumkan bukti penggunaan dana berkenaan termasuk resit dan laporan audit akan dikongsikan menerusi satu video pada malam Ahad.

Pada Julai lalu, Syed Saddiq menamatkan Misi Larian Kesyukuran sejauh hampir 170 kilometer selepas berlari selama empat hari dari Putrajaya ke Muar.

Iklan

Larian yang bermula pada 16 Julai dari pekarangan Istana Kehakiman, Presint 3, Putrajaya itu merentasi Negeri Sembilan dan Melaka sebelum berakhir di Laman Maharani di sini.

Sebelum ini, Syed Saddiq menyasarkan kutipan RM200,000 menerusi Misi Larian Kesyukuran berkenaan.