John McCarthy bapa kecerdasan buatan

Iklan
McCarthy meninggal dunia tanggal 24 Oktober 2011 pada usia 84 tahun.

PERKEMBANGAN teknologi yang semakin pesat telah membawa kepada kemunculan pelbagai inovasi yang mengubah cara manusia menjalani kehidupan dan melaksanakan sesuatu pekerjaan.

Pelbagai ciptaan yang kita gunakan hari ini tercetus daripada idea dan hasil pemikiran para perintis sejak beberapa dekad lalu, sebelum melalui pelbagai peringkat penyelidikan, percubaan dan penambahbaikan sehingga dapat dimanfaatkan secara meluas.

Iklan
Iklan

Antara kemajuan yang paling penting ialah kecerdasan buatan (AI) iaitu bidang yang membolehkan komputer dan mesin menjalankan tugasan yang biasanya memerlukan keupayaan seperti manusia.

Salah seorang tokoh yang memainkan peranan penting dalam sejarah awal AI ialah John McCarthy iaitu seorang saintis komputer dari Amerika Syarikat (AS).

Iklan

Beliau bukan sahaja memperkenalkan istilah Artificial Intelligence iaitu AI malah turut memberikan sumbangan besar dalam perkembangan bidang tersebut melalui penyelidikan dan hasil ciptaannya.

John McCarthy dilahirkan pada 4 September 1927 di Boston, Massachusetts dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang mempunyai latar belakang politik berhaluan kiri.

Iklan

Sejak usia muda, beliau menunjukkan kebolehan dan minat yang tinggi dalam bidang matematik.

McCarthy mengikuti pengajian di Institut Teknologi California (Caltech) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Matematik pada 1948.

Selepas itu, beliau menyambung pendidikan di Princeton University dan memperoleh Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Matematik pada 1951.

Semasa menjalani pengajian di peringkat kedoktoran di Princeton University, McCarthy mula menunjukkan minat yang mendalam terhadap persoalan berkaitan kecerdasan mesin.

Minat tersebut menjadi titik permulaan kepada penglibatan beliau dalam bidang AI dan seterusnya membentuk hala tuju kerjaya akademiknya.

Beliau mencadangkan istilah Artificial Intelligence digunakan untuk merujuk kepada bidang kajian yang bertujuan memahami bagaimana aspek kecerdasan manusia boleh disimulasikan oleh mesin.

Pada 1955, McCarthy bersama beberapa orang penyelidik lain mengemukakan cadangan untuk menganjurkan sebuah bengkel penyelidikan di Dartmouth College pada musim panas tahun berikutnya.

Bengkel itu kemudiannya menjadi salah satu peristiwa penting dalam perkembangan awal teknologi AI.

Dalam cadangan tersebut, istilah Artificial Intelligence digunakan untuk merujuk kepada bidang kajian yang bertujuan memahami bagaimana aspek kecerdasan manusia boleh disimulasikan oleh mesin.

Selepas itu, McCarthy terus menjalankan penyelidikan berkaitan AI termasuk dalam bidang penaakulan logik, pengetahuan dan pemikiran common sense (akal fikiran biasa atau pengetahuan asas yang biasanya dimiliki oleh manusia untuk memahami situasi dan membuat pertimbangan yang munasabah). B

eliau berusaha membangunkan pendekatan yang membolehkan komputer melakukan tugas yang memerlukan bentuk penaakulan yang biasanya dikaitkan dengan manusia.

Cipta bahasa LISP

Pada 1958, ketika berada di MIT, McCarthy mencipta bahasa pengaturcaraan LISP yang merupakan singkatan daripada List Processing.

Bahasa itu menjadi sangat penting dalam sejarah AI kerana ia direka untuk memproses simbol dan struktur data untuk penyelidikan mengenai kecerdasan mesin.

LISP menjadi salah satu bahasa utama yang digunakan dalam penyelidikan AI selama beberapa dekad dan mempunyai keistimewaan kerana mampu mengendalikan data serta program dalam bentuk senarai.

Ciri tersebut memudahkan penyelidik menghasilkan program yang berkaitan dengan penaakulan, pemprosesan simbol dan pemikiran komputer.

Selain dalam bidang AI, McCarthy juga memberikan sumbangan penting dalam perkembangan sistem perkongsian masa (computer time-sharing).

Teknologi itu membolehkan sebuah komputer digunakan oleh beberapa pengguna pada masa yang sama.

Pada akhir 1950-an, McCarthy mencadangkan konsep time-sharing yang kemudiannya mempengaruhi perkembangan sistem komputer di MIT dan beberapa institusi lain.

Teknologi berkenaan merupakan satu perkembangan penting dalam sejarah pengkomputeran kerana ia meningkatkan cara manusia berinteraksi dengan komputer.

Sepanjang kerjayanya, McCarthy pernah mengajar dan menjalankan penyelidikan di beberapa institusi terkemuka seperti Princeton, Stanford, Dartmouth dan MIT.

Beliau menyertai Stanford pada 1953 dan berpindah ke beberapa institusi pengajian sebelum kembali ke Stanford pada 1962 sebagai profesor sains komputer.

Di Stanford, McCarthy memainkan peranan penting dalam perkembangan penyelidikan AI dan menjadi pengasas Stanford Artificial Intelligence Laboratory (SAIL).

Makmal tersebut berkembang menjadi salah satu pusat penyelidikan AI yang terkenal.

Sumbangan beliau dalam bidang sains komputer dan kecerdasan buatan (AI) telah mendapat pelbagai pengiktirafan.

Antaranya ialah ACM AM Turing Award yang diterima pada 1971 iaitu salah satu anugerah tertinggi dan paling berprestij dalam bidang sains komputer.

Selain itu, beliau turut menerima Hadiah Kyoto pada 1988 dan National Medal of Science pada 1990.

Idea dan hasil ciptaan beliau bukan sahaja memberi impak pada zamannya malah turut menjadi asas kepada kemajuan AI yang terus berkembang sehingga ke hari ini. - Agensi