Polis kesan suspek curi Hilux di Bukit Ubi

Iklan
Tangkap layar rakaman CCTV memaparkan kenderaan yang berhenti bersebelahan Toyota Hilux milik mangsa di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi.

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini pada Jumaat.

Kenderaan tersebut dilaporkan hilang selepas pemiliknya, seorang wanita berusia 55 tahun mendapati Toyota Hilux miliknya yang diletakkan di luar pagar rumah dalam keadaan berkunci hilang kira-kira jam 2 petang.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu, lebih kurang jam 4.06 petang hari sama.

“Seorang lelaki yang tidak dikenali kemudian dilihat keluar daripada kenderaan tersebut sebelum memasuki Toyota Hilux milik mangsa, menghidupkan enjin dan melarikan kenderaan berkenaan dari tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Ashari berkata, susulan itu, pihaknya membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri kenderaan motor.

Jelasnya, usaha mengesan suspek dan kenderaan yang dilaporkan hilang sedang giat dijalankan, selain polis meneliti rakaman CCTV serta mendapatkan maklumat lanjut bagi membantu siasatan.

Iklan

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu atau mengesan Toyota Hilux berwarna putih dengan nombor pendaftaran CEY 8122 diminta segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di talian 09-513 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Kita memandang serius kejadian ini dan akan meneruskan usaha mengesan serta membawa individu yang terlibat ke muka pengadilan,” katanya.