2,000 peluang pekerjaan tersedia di Festival Mega İLINDUNGu

Iklan
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan (tiga dari kiri) menyaksikan penyerahan tajaan caruman lindung kendiri daripada syarikat penghantar kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), pada Majis Perasmian Festival Mega i Lindung u di Strand Mall, Kota Damansara pada Sabtu. FOTO : MOHD HALIM ABDUL WAHID

KOTA DAMANSARA - Sebanyak 2,000 peluang pekerjaan dengan gaji antara RM2,000 hingga RM12,000 ditawarkan menerusi penganjuran Festival Mega iLINDUNGu: Kesuma Bersama Rakyat di Strand Mall, di sini dari 18 hingga 20 September ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, ia membabitkan kira-kira 25 majikan yang menyertai festival tersebut melalui pelaksanaan program MYFutureJobs.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, fokus Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) jelas iaitu memberikan peluang pekerjaan selain menyediakan akses kepada perlindungan sosial dan penyelesaian yang boleh memberi kesan secara langsung terhadap kehidupan pekerja.

"Rakyat yang datang bukan sekadar mendapatkan maklumat, tetapi kita mahu mereka pulang dengan peluang pekerjaan dan akses perlindungan sosial serta jalan penyelesaian.

Iklan

"Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan atau mahu meningkatkan kerjaya, rebut peluang ini.

Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan bergambar dengan pekerja e-hailing dan p-hailing pada Majis Perasmian Festival Mega i Lindung u di Strand Mall, Kota Damansara pada Sabtu. FOTO : MOHD HALIM ABDUL WAHID

Iklan

"Kita membawa majikan dan peluang pekerjaan terus kepada rakyat," katanya ketika merasmikan Festival Mega iLINDUNGu di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Kesuma, Dr Mohd Shaharin Umar; Pengerusi Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Seri Subahan Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Sebanyak RM48,000 disalurkan kepada 400 penerima di bawah Parlimen Sungai Buloh menerusi LINDUNG Kasih Suri Rumah.

Tidak cuma itu, syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing dan p-hailing seperti Foodpanda menyumbang RM1 juta; Grab RM500,000 serta Haloje Delivery RM14,412.40 menjadikan keseluruhan sumbangan berjumlah RM1,514,412.40.

Sumbangan tersebut dijangka memanfaatkan 500 pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing di negara ini.

Festival Mega iLINDUNGu turut menyediakan kaunter khas Opt-In LINDUNG 24 Jam, membolehkan pekerja yang sebelum ini memilih untuk tidak meneruskan perlindungan berkenaan mendaftar semula secara terus.

Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan bergambar dengan pekerja e-hailing dan p-hailing pada Majis Perasmian Festival Mega i Lindung u di Strand Mall, Kota Damansara pada Sabtu. FOTO : MOHD HALIM ABDUL WAHID

Majikan berpeluang menikmati diskaun sehingga 80 peratus bagi Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB), manakala pengunjung boleh membuat semakan caruman, mendapatkan khidmat nasihat berkaitan faedah serta mendaftar skim PERKESO.

Festival tersebut turut memperkukuh aspirasi Kesuma Bersama Rakyat dengan menghimpunkan 11 agensi dan jabatan di bawah kementerian, termasuk Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Mengulas lanjut, Ramanan berpendapat bahawa perlindungan sosial bukan perkara yang boleh diambil ringan kerana ia jaringan keselamatan penting apabila berlaku kejadian luar jangka.

"Di sebalik setiap 'rider' dan pemandu, ada keluarga yang bergantung kepada pendapatan mereka.

"Sebab itulah perlindungan sosial bukan perkara diambil ringan. la jaringan keselamatan yang amat penting apabila berlaku sesuatu yang tidak dijangka.

"Kerjasama seperti ini menunjukkan kerajaan dan industri boleh bergerak bersama untuk memastikan pekerja gig bukan sahaja mempunyai peluang mencari pendapatan, tetapi juga perlindungan sewajarnya," ujar beliau.