Fuziah kecam kenyataan Abdul Hadi samakan CSA dengan ‘dajal’

Iklan
Fuziah menyifatkan kenyataan Abdul Hadi yang menyamakan CSA dengan pendekatan dajal dilihat ekstrem dan keterlaluan.

SHAH ALAM - Kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyamakan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dengan pendekatan dajal dilihat ekstrem dan keterlaluan.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, ini kerana perjanjian tersebut merupakan sebuah mekanisme persefahaman politik, bukannya persoalan akidah atau keimanan seseorang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebarang ungkapan dibuat Abdul Hadi membawa pengaruh besar kepada masyarakat mengambil kira kedudukan Ahli Parlimen Marang itu sebagai tokoh agama dan pemimpin politik.

"Kritiklah CSA berdasarkan fakta, kandungan dan pelaksanaannya. Jangan sampai kerana perbezaan politik, istilah agama digunakan untuk menggambarkan pihak lain sebagai pembawa kejahatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Abdul Hadi sebelum ini mengumpamakan CSA ditandatangani antara kerajaan dan tujuh ahli Parlimen pembangkang seperti penipuan dajal yang kemunculannya dianggap dalam Islam sebagai antara tanda besar semakin hampirnya hari kiamat.

Beliau mendakwa, perjanjian tersebut adalah pendekatan dajal pada akhir zaman yang menjadikan kuasa bukan lagi suatu amanah yang wajib ditunaikan kepada semua tetapi memaksa untuk terus berkuasa.

Iklan

Mengulas lanjut, Fuziah berkata, sebagai pemimpin politik, Abdul Hadi sewajarnya lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh memberi kesan kepada masyarakat.

"Politik memerlukan hujah dan kematangan, bukannya retorik keagamaan yang boleh menyuburkan kebencian dan perpecahan," katanya.