Pengampunan adalah wewenang Yang di-Pertuan Agong, bukan keputusan PM atau PH - Fadhlina

Iklan
Fadhlina berkata, keputusan berkenaan tidak seharusnya digambarkan seolah-olah dibuat oleh Perdana Menteri atau PH.

SHAH ALAM - Keputusan pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan keputusan Perdana Menteri atau Pakatan Harapan (PH).

Ketua Wanita Keadilan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, sebaliknya kuasa pengampunan adalah wewenang Yang di-Pertuan Agong sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Iklan
Iklan

"Wanita Keadilan menghormati keputusan tersebut dan menjunjung institusi Raja Berperlembagaan.

"Keputusan berkaitan pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib sudah tentu mengundang pelbagai reaksi.

Iklan

Najib mendapat pengampunan bersyarat dengan baki hukuman penjara dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang diadakan pada Jumaat.

Iklan

Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada Najib membayar denda RM50 juta.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, pada masa yang sama, rakyat perlu jujur dengan fakta dan tidak mengaburkan kedudukan Perlembagaan kerana perbezaan politik.

Beliau berkata, keputusan berkenaan juga tidak seharusnya digambarkan seolah-olah dibuat oleh Perdana Menteri atau PH.

“Kerajaan tetap mempunyai tanggungjawab untuk memberikan penjelasan kepada rakyat. Dalam hal ini, pendirian kita jelas.

"Menghormati keputusan ini tidak bermakna pendirian kita terhadap rasuah dan salah guna kuasa berubah.

“Keadilan lahir dengan keberanian melawan salah guna kuasa. Prinsip itu menuntut kita memastikan undang-undang terus berjalan tanpa mengira pangkat atau pengaruh seseorang,” katanya.