Mesyuarat Presiden PH jadi tumpuan petang ini

Iklan
Petugas media berhimpun di hadapan bangunan Putra Perdana seawal jam 4 petang bagi membawakan perkembangan terkini politik tanah air.

PUTRAJAYA- [DIKEMAS KINI] Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri kembali menjadi tumpuan pengamal media bagi melaporkan perkembangan terkini politik tanah air.

Difahamkan satu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berlangsung lewat petang ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan
Iklan

Mesyuarat turut disertai oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Sekitar jam 5.20 petang kelihatan beberapa kenderaan dipercayai membawa menteri mula memasuki bangunan tersebut.

Iklan

Mesyuarat antara lain dijangka menyentuh mengenai hala tuju hubungan PH dengan BN selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencetuskan persoalan mengenai masa depan kerjasama itu ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, baru-baru ini.

Selain itu, pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diputuskan Lembaga Pengampunan dipercayai turut menjadi intipati mesyuarat.

Iklan