SHAH ALAM - Pas yakin bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih boleh memberikan sumbangan idea, pandangan dan pengalamannya demi untuk kebaikan negara selepas diberi pengampunan bersyarat dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, dalam masa sama parti terus mendoakan agar Najib terus diberikan kesihatan yang baik semasa menjalani baki hukuman di rumah.