Krisis Istana Negeri Sembilan: Polis perketat kawalan keselamatan di semua tempat

Iklan
Alzafny

KUALA PILAH – Polis Negeri Sembilan memperketat kawalan keselamatan di setiap kawasan susulan perkembangan semasa krisis Institusi Diraja yang sedang berlaku ketika ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, semua pihak diminta bersabar dan menyerahkan kepada pihak berkaitan untuk menyelesaikan krisis yang berlaku mengikut proses undang-undang.

Iklan
Iklan

“Peranan pihak polis adalah memastikan ketenteraman awam semua pihak dan bila berlaku perkara ini, kita sentiasa memberikan perhatian yang lebih aspek keselamatan di semua kawasan.

“Kita mengikuti perkembangan dan saya mengharapkan masyarakat untuk bersabar, kita mengharapkan suatu penyelesaian mengikut proses yang berlandaskan undang-undang yang ada di Malaysia ini,” katanya ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Diraja Tuanku Munawir di sini.

Iklan

Dalam pada itu ditanya berkenaan perkembangan laporan polis dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim mengenai dakwaan beliau dipaksa menandatangani proklamasi, Alzafny berkata, perkara itu akan dimaklumkan apabila tiba waktunya nanti.

Terdahulu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berangkat menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Iklan

Turut berangkat kedua-dua anakanda baginda, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Muhriz.

Selesai solat Jumaat Tuanku bersama anakanda baginda menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak yang kebiasaan menjadi kelaziman baginda.