Laluan utara selepas Terowong Menora terhalang, trafik sesak 7 kilometer

Iklan
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan selepas Terowong Menora

IPOH - Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dari Ipoh ke Kuala Kangsar terjejas teruk susulan kemalangan di Kilometer 257.2, selepas Terowong Menora pada Jumaat.

PLUS Trafik menerusi aplikasi X memaklumkan setakat jam 10.27 pagi, semua lorong arah utara masih terhalang menyebabkan trafik tidak bergerak sejauh kira-kira tujuh kilometer.

Iklan
Iklan

Kemalangan melibatkan dua lori dengan seorang daripada pemandu berada dalam keadaan tersepit.

Menurut makluman itu, trafik ke arah utara dilencongkan keluar di Plaza Tol Ipoh (Selatan) manakala laluan kontra diaktifkan bermula Kilometer 257.3 hingga 256.2 bagi mengurangkan kesesakan.

Iklan

Pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan dan mematuhi arahan petugas di lokasi kejadian.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.58 pagi.

Iklan

Menurutnya, kemalangan itu melibatkan dua lori dengan seorang daripada pemandu berada dalam keadaan tersepit.

PLUS Trafik menerusi aplikasi X memaklumkan setakat jam 10.27 pagi, semua lorong arah utara masih terhalang menyebabkan trafik tidak bergerak sejauh kira-kira tujuh kilometer.

"Operasi menyelamat sedang dijalankan oleh anggota," katanya.

Beliau berkata, operasi melibatkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya itu masih berjalan dan maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.