Kilang peti ais terbakar

Iklan
Keadaan kilang pengeluaran peti ais dan perkakas dapur yang terbakar.

SHAH ALAM – Sebuah kilang pengeluaran peti ais dan perkakas dapur di Kampung Baru Subang, Seksyen U6, di sini terbakar pada Khamis.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.36 malam.

Iklan
Iklan

"Seramai 18 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong serta bantuan BBP Sungai Buloh dan BBP Shah Alam bersama jentera digerakkan ke lokasi yang jaraknya sejauh tujuh kilometer," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ashrul Riezal berkata, setibanya di lokasi pada jam 7.44 malam, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan bangunan kilang tiga tingkat kelas A.

Iklan

"Anggaran kemusnahan sebanyak 80 peratus. Tiada mangsa dilaporkan terlibat setakat ini," katanya.

Beliau berkata, kebakaran telah dikawal sepenuhnya pada jam 9.40 malam.

Iklan

"Kerja-kerja overhaul sedang giat dijalankan bagi memadamkan sisa kebakaran di tingkat tiga," katanya.