Siti Nuraini meninggal dunia ketika menyelam di Bali

Iklan
Seorang wanita rakyat Malaysia maut ketika melakukan aktiviti selam skuba di perairan Crystal Bay, Desa Sakti, Bali, Indonesia,

SHAH ALAM – Seorang wanita rakyat Malaysia maut ketika melakukan aktiviti selam skuba di perairan Crystal Bay, Desa Sakti, Bali, Indonesia, semalam.

Mangsa, Siti Nuraini Rusidi, 40, dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.10 pagi waktu tempatan.

Iklan
Iklan

Menurut laporan portal media tempatan, BaliNews, Siti Nuraini menyertai aktiviti selaman bersama seorang juruselam, kapten bot serta beberapa penyelam lain bermula kira-kira jam 8 pagi.

Mangsa, Siti Nuraini Rusidi, 40, dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.10 pagi waktu tempatan.

Iklan

Bagaimanapun, keadaan kesihatannya mula menimbulkan kebimbangan apabila juruselam, Eugenius Franciso Ray, 33, menyedari mangsa batuk ketika mereka tiba di lokasi selaman pertama di Manta Bay.

Juruselam berkenaan kemudian dilaporkan bertanyakan keadaan kesihatan mangsa, namun wanita itu memaklumkan masih mampu meneruskan aktiviti berkenaan sehingga selaman di Manta Bay selesai.

Iklan

Siti Nuraini dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian berkenaan.

Situasi dilaporkan menjadi cemas selepas kumpulan itu tiba di Crystal Bay apabila mereka berdepan arus laut yang sangat kuat.

Keadaan itu menyebabkan tiga penyelam dihanyutkan, manakala Siti Nuraini dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian berkenaan.

Insiden terbabit kemudiannya mendapat perhatian di Malaysia selepas kisah kejadian itu dikongsikan seorang pengguna di platform Threads.