[VIDEO] MB sahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz diputuskan semua Exco Negeri Sembilan

Iklan

SEREMBAN – [DIKEMAS KINI] Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim mengesahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Beliau berkata, perkara itu telah diputuskan secara sebulat suara oleh semua ahli Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada mesyuarat 15 September lalu.

Iklan
Iklan

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim.

Menurutnya, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) telah pun diminta untuk melaksanakan pewartaan proses proklamasi tersebut mengikut peraturan sedia ada.

Iklan

"Proses pewartaan sudah pun kita minta untuk Setiausaha Kerajaan Negeri untuk teruskan mengikut peraturan sedia ada," katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan di sebuah hotel di sini pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Exco Negeri Sembilan umum Tuanku Muhriz diturunkan takhta, iktiraf Tuanku Nadzaruddin

Iklan

Tindakan Exco Negeri Sembilan umum penurunan takhta Tuanku Muhriz perbuatan derhaka - Aminuddin

Exco Kerajaan Negeri Sembilan tidak boleh atasi UUTKNS - Undang Luak Rembau

[KRONOLOGI] Kemelut takhta Negeri Sembilan

Sebelum itu, Ismail terlebih dahulu memaklumkan kepada pemberita bahawa tiada sesi soal jawab dibenarkan dan apa yang akan diberitahu oleh beliau adalah ringkas saja.

Turut hadir beberapa Exco antaranya, Datuk Zaifulbahri Idris (Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Modal Insan); Siow Kong Choon (Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Hal Ehwal Bukan Islam) dan Datuk Mohd Razi Mohd Ali (Exco Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup) serta Datuk Razali Abu Samah (Exco Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan).

Beliau berkata demikian sebagai respon berkenaan susulan kenyataan dikeluarkan oleh ahli MMK pada Rabu yang memaklumkan telah membuat keputusan kolektif bahawa proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz sebagai di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah sah.

Dalam kenyataan terbabit turut diberitahu, perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat MMK yang bersidang pada Selasa dan dipengerusikan Ismail dengan Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar diiktiraf sebagai Yang di-Pertuan Besar baharu berkuat kuasa serta-merta.

Dalam kenyataan tersebut, menurut Perkara 10 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 bertarikh 19 April 2026 telah ditandatangani dan dicop mohor oleh Undang Luak yang sah dan berkuat kuasa.

"Barisan exco kerajaan negeri juga sebulat suara bahawa proklamasi pemilihan Tuanku Nadzaruddin menurut Perkara 11 UUTKNS 1959 bertarikh 19 April 2026 telah ditandatangani dan dicop mohor oleh Undang Luak yang sah dan berkuat kuasa," katanya.

Pada 9 September lalu, Undang Yang Empat termasuk Undang yang dipertikai menunjukkan dokumen didakwa proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dikatakan telah ditandatangani oleh Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim.

Ia susulan kenyataan media Ismail pada 6 September lalu yang menzahirkan sokongan taat setia kepada Tuanku Muhriz.

Katanya, fokusnya kini adalah untuk menjalankan amanah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan demi kepentingan rakyat dan negeri.

Namun, Ismail mendakwa telah dipaksa menandatangani dokumen proklamasi terbabit, tanpa menyatakan pihak atau individu yang memaksanya.

Beliau turut memaklumkan telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.