Bangunan Pasti terbakar

Iklan
Bangunan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Gajah Mati bersebelahan Pejabat Pas Kawasan Pendang, Kampung Charok Kudong di sini terbakar dalam kejadian pada Khamis.

PENDANG - Bangunan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Gajah Mati bersebelahan Pejabat Pas Kawasan Pendang, Kampung Charok Kudong di sini terbakar dalam kejadian pada Khamis.

Suasana cemas menyelubungi pusat tersebut, bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat memandangkan kanak-kanak mahupun tenaga pengajar yang berada di lokasi berjaya diselamatkan.

Iklan
Iklan

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, kemusnahan kebakaran dianggarkan mencecah 70 peratus.

Kebakaran melibatkan bangunan dua tingkat berkeluasan kira-kira 222.97 meter persegi dengan anggaran kemusnahan 70 peratus.

Iklan

Menurutnya, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang dan BBP Jalan Raja bersama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) menjalankan operasi pemadaman menggunakan empat aliran hos.

"Kebakaran melibatkan bangunan dua tingkat berkeluasan kira-kira 222.97 meter persegi dengan anggaran kemusnahan 70 peratus.

Iklan

Bangunan Pasti Gajah Mati bersebelahan Pejabat Pas Kawasan Pendang, Kampung Charok Kudong terbakar dalam kejadian pada Khamis. Foto media sosial

"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.27 pagi," katanya.

Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan.