4 kilang musnah 90 peratus dalam kebakaran

Iklan
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran kilang di sini pada Khamis.

PUCHONG – Empat buah kilang musnah dalam kebakaran di Taman Perindustrian Puchong di sini pada Khamis.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.34 pagi.

Iklan
Iklan

"Seramai 33 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak serta bantuan BBP bantuan BBP Subang Jaya, BBP Penchala, BBP Petaling Jaya, BBP Seri Kembangan dan BBP Cyberjaya bersama jentera digerakkan ke lokasi yang jaraknya sejauh lapan kilometer," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ashrul Riezal berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi pada jam 6.45 pagi, pihaknya mendapati kebakaran membabitkan empat kilang iaitu kilang tayar, perkakasan paip dan injap, perabot serta kejuruteraan.

Iklan

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran kilang pada Khamis.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 8.30 pagi, namun kerja-kerja pemadaman di bahagian bumbung dan dalam kilang masih giat dijalankan.

Iklan

Kerja-kerja pemadaman di bahagian bumbung dan dalam kilang masih giat dijalankan.

"Risiko runtuhan bumbung dan struktur bangunan masih ada, manakala api berjaya dikawal," ujarnya.