Dua penjawat awam dicekup khalwat dalam pantri pejabat akan didakwa

Iklan
Dua penjawat awam dicekup khalwat dalam pantri pejabat akan didakwa. FOTO: Gambar HIASAN dijana AI

KOTA BHARU – Kes dua penjawat awam Kementerian Kesihatan yang ditahan kerana disyaki berkhalwat di pantri pejabat di bangunan Wisma Kerajaan di Gua Musang, Khamis lalu, kini dalam proses untuk pendakwaan.

Menurut sumber, pasangan lelaki dan wanita itu ditahan kira-kira jam 4 petang selepas dipercayai berada berdua-duaan di dalam pantri pejabat jabatan berkenaan.

Iklan
Iklan

“Kertas siasatan kes berkenaan dalam proses untuk disiapkan dan akan diangkat ke tindakan pendakwaan,” katanya kepada Sinar Harian

Sebelum ini, akhbar melaporkan, mereka dipercayai berada di dalam pantri dengan pintu berkunci sehingga anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan terpaksa membuka pintu secara paksa.

Iklan

“Apabila pintu dibuka, salah seorang daripada mereka cuba melarikan diri ke bilik pejabatnya, namun sempat dilihat anggota penguat kuasa yang berada di lokasi.

 

Iklan