Serangan ke Makkah adalah pembohongan - Houthi

Iklan
Gambar edaran yang dikeluarkan pada 15 September 2026 oleh Ansarullah Media Centre ini dilaporkan menunjukkan kenderaan tentera yang terbakar selepas menjadi sasaran serangan di wilayah al-Jawf. Kumpulan Houthi kembali terlibat dalam pertempuran dengan pasukan kerajaan yang disokong Arab Saudi sejak perang saudara di Yaman kembali memuncak pada Julai lalu.

Sanaa, YAMAN– Seorang pegawai Houthi menafikan dakwaan pakatan tentera yang diketuai Arab Saudi bahawa sebuah dron milik kumpulan itu telah dilancarkan ke arah Makkah.

Hazem al-Assad, yang merupakan anggota biro politik Houthi, menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak benar dan hanya mengulangi tuduhan lama.

Iklan
Iklan

“Dakwaan bahawa Makkah menjadi sasaran adalah pembohongan yang sudah lama digunakan dan tidak lagi dipercayai ramai,” katanya menerusi hantaran di platform X.

Terdahulu, Pertahanan udara Arab Saudi melaporkan telah memintas dan memusnahkan sebuah dron yang dilancarkan oleh kumpulan Houthi berhampiran Makkah.

Iklan

Jurucakap pakatan itu, Turki al-Malki berkata dron berkenaan dipintas kira-kira 6.50 petang waktu tempatan pada Selasa sebelum sempat memasuki ruang udara larangan, dengan serpihannya jatuh di selatan bandar itu.

Al-Malki menyifatkan insiden itu sebagai percubaan kedua Houthi untuk menyasarkan Makkah, merujuk kepada peluru berpandu balistik yang dilancarkan ke arah bandar itu pada 27 Julai 2017.

Iklan

Beliau berkata keselamatan Dua Masjid Suci dan jemaah merupakan garis merah, sambil berikrar bahawa pakatan itu akan mengambil langkah bagi menghalang serangan selanjutnya.