Masih ada penumpang bas ekspres ingkar pakai tali pinggang keledar, kompaun RM300 menanti

Iklan
Mohd Misuari (kiri,duduk) pada sidang akhbar selepas Sesi Taklimat dan Demonstrasi Pemasangan SLD di Bogam Corporation Sdn Bhd di Pangkal Kala, Kota Bharu pada Selasa.

KOTA BHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengesan masih ada dalam kalangan penumpang bas ekspres masih lagi ingkar dengan tidak memakai tali pinggang keledar walapun hampir setahun peraturan dikuatkuasa.

Pengarah JPJ negeri, Mohd Misuari Abdullah berkata, ia hasil operasi berterusan yang dilakukan pihaknya termasuk mengarahkan anggota menyamar sebagai penumpang.

Iklan
Iklan

"Sebelum ini kita (JPJ Kelantan) sudah seronok bila semua penumpang patuh kepada peraturan tersebut.

"Namun sebaliknya, apabila masih ada penumpang sudah mulai leka dan mengambil mudah peraturan tersebut," katanya semasa sidang akhbar selepas Sesi Taklimat dan Demonstrasi Pemasangan SLD di Bogam Corporation Sdn Bhd di Pangkal Kala di sini pada Selasa.

Iklan

Menurut beliau, JPJ Kelantan tidak akan terus berputus asas untuk memberikan penerangan kepada penumpang berhubung pelaksanaan peraturan tersebut dengan turun ke terminal-terminal bas.

Ujarnya, sepanjang Januari hingga Selasa seramai 19 penumpang telah dikompaun gara-gara tidak memakai tali pinggang keledar semasa menaiki bas ekpres

Iklan

Mohd Misuari memberitahu, seramai 10 orang pemandu turut disaman selepas gagal mematuhi peraturan tersebut.

Katanya, setiap kesalahan akan dikenakan kompaun sebanyak RM300 setiap seorang.