Rangka manusia dalam tong dram disahkan mangsa bunuh

Iklan
Rangka berkenaan dipercayai sudah berada di dalam tong sekurang-kurangnya tiga minggu berdasarkan keadaan tulang dan tisu yang masih melekat.

ALOR GAJAH - Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam sebuah tong dram di kawasan rizab Empangan Durian Tunggal, Machap Baru di sini pada Ahad lalu merupakan rangka manusia.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, pengesahan itu dibuat berdasarkan hasil bedah siasat.

Iklan
Iklan

Tong itu ditemukan kira-kira 15 meter dari jalan sebelum polis mendapatkan bantuan bomba untuk mengangkatnya ke jalan bagi dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Menurutnya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Iklan

“Siasatan masih diteruskan dengan jantina mangsa serta punca kematian masih belum dikenal pasti.

Difahamkan, pemeriksaan turut menemukan pakaian lengkap bersama rangka berkenaan termasuk kain, baju dan seluar.

Iklan

Siasatan masih diteruskan dengan jantina mangsa serta punca kematian masih belum dikenal pasti.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan, tong berkenaan ditemukan oleh tiga pemancing berusia antara 25 hingga 35 tahun sekitar jam 11.40 pagi.