Polis cari waris lelaki ditemui mati di ruang tayar pesawat di KLIA

Iklan
Mayat mangsa (gambar kecil) dijumpai di ruangan simpanan tayar pesawat di KLIA Terminal 2, Sepang 27 Ogos lalu. Foto: IPD KLIA

SEPANG - Polis sedang mengesan ahli keluarga atau waris seorang lelaki tanpa identiti yang ditemui tidak bernyawa di ruangan simpanan tayar pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 di sini 27 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat ditemui dalam ruang tayar pesawat di KLIA2

Mayat mangsa dijumpai di ruangan simpanan tayar pesawat di KLIA.

Iklan

"Orang ramai yang mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang dilaporkan hilang atau gagal dihubungi sejak 19 Ogos 2026, khususnya yang dipercayai mempunyai kaitan atau pernah berada di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diminta untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA di talian 03-87768926; Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohd Ridzuan Mohd Rosli (011-14453057) atau Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Nicholas anak Idel (018-7017291).

Iklan

Seorang lelaki tanpa identiti yang ditemui tidak bernyawa di ruangan simpanan tayar pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 pada 27 Ogos lalu.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Balai Polis KLIA 2 menerima maklumat penemuan mayat mangsa kira-kira jam 7 pagi.

Pemeriksaan polis ke atas mayat mangsa tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri selain keadaannya dalam keadaan mereput dan tanpa kesan kecederaan.

Anggaran umur mangsa antara 17 hingga 25 tahun berdasarkan saiz fizikal.