BONE - Seorang lelaki di Kabupaten Bone, Sulawesi Selatan (Sulsel), Indonesia ditahan polis selepas didakwa menganiaya sebelum membakar isterinya kerana cemburu.
Suspek, 30, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap isterinya, 30, di sebuah rumah sewa di Jalan Sambaloge Baru, Kelurahan Masumpu, Kecamatan Tanete Riattang, Kota Watampone, pada Sabtu.
“Ketua Seksyen Perhubungan Awam Polis Daerah Bone, Iptu Rayendra Muchtar berkata, mangsa mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di hospital.
"Benar, mangsa dilaporkan mengalami kekerasan sebelum kemudian disiram bahan api dan dibakar. Pelaku telah ditahan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, kejadian dipercayai berpunca daripada rasa cemburu selepas suspek menuduh isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.
"Menurut laporan awal, pelaku cemburu kerana menduga isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain sehingga berlaku pertengkaran antara mereka," ujarnya.
Rayendra berkata, suspek kemudian didakwa mengasari mangsa sebelum menyiramnya dengan bahan api dan mencetuskan kebakaran.
Mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada pagi Isnin, sebelum pasukan bergerak menahan suspek.
Beliau berkata, mangsa kini masih menerima rawatan di hospital akibat kecederaan yang dialami.
"Pelaku masih menjalani pemeriksaan bagi mengetahui motif sebenar serta kronologi lengkap kejadian," jelasnya. - Agensi