Rumah zaman kanak-kanak Trump dijual RM8.14 juta

Iklan
Rumah terbiar itu kini diubah suai dengan konsep moden. - Foto Agensi

NEW YORK - Rumah zaman kanak-kanak Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijual pada harga hampir AS$2 juta (RM8.14 juta) selepas menjalani pengubahsuaian secara menyeluruh.

Pemimpin Republikan itu pernah menetap di kediaman bergaya Tudor di Queens tersebut sehingga berusia empat tahun.

Iklan
Iklan

Bapanya yang merupakan pemaju hartanah, Fred Trump membina rumah itu di kawasan mewah Jamaica Estates pada 1940.

Harga jualan AS$1.93 juta (RM7.85 juta) dipaparkan di laman web hartanah pada Jumaat lalu selepas pembeli yang identitinya tidak didedahkan menandatangani perjanjian pembelian pada Julai.

Iklan

Pemilik sebelum ini, Tommy Lin membeli rumah dilengkapi lima bilik tidur dan tiga bilik air itu pada harga AS$835,000 (RM3.4 juta) pada tahun lalu selepas ia dibiarkan kosong selama beberapa tahun.

Lin yang juga seorang pemaju membelanjakan kira-kira AS$500,000 (RM2.03 juta) untuk kerja pengubahsuaian dalaman selama lapan bulan termasuk menambah dapur bertaraf cef, lantai kayu corak herringbone dan bilik mandi berkonsepkan spa.

Iklan

Rumah itu beberapa kali bertukar pemilik dalam tempoh beberapa tahun lalu dan pernah dijual pada harga AS$2.14 juta (RM8.71 juta) tidak lama selepas Trump dilantik sebagai Presiden pada 2017. - Agensi