Lebih sejam tanggung sakit kaki tertusuk besi

Iklan
Pasukan bomba berusaha mengeluarkan besi yang tertusuk pada kaki mangsa semasa menerim rawatan di Hospital Tambunan.

TAMBUNAN - Seorang lelaki terpaksa menanggung kesakitan selama lebih sejam selepas kakinya tertusuk besi ketika melakukan kerja pembersihan di kawasan perumahan pekerja di Kampung Nambayan, di sini, pada pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa warga Indonesia berusia 34 tahun terpaksa dihantar ke Hospital Tambunan sebelum pasukan bomba membantu mengeluarkan besi yang tertusuk pada kakinya.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Mitchell Francis George berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.07 pagi.

Katanya, seramai empat anggota dikejar ke hospital yang terletak sejauh dua kilometer dari BBP Tambunan.

Iklan

"Rakan sekerja mangsa kemudian membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Mitchell berkata, pihaknya kemudian menerima panggilan daripada Bahagian Kecemasan hospital untuk mendapatkan bantuan memotong besi yang tertusuk pada kaki mangsa.

Iklan

"Operasi mengeluarkan besi segera dilakukan dan berjaya diselesaikan sekitar 10 minit kemudian.

"Selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 9.20 pagi," katanya